Thursday, 8 September 2011

Syawal Menjelma Penuh Kesayuan !

Sederas air di kali begitu lah masa pantas meninggalkan umat manusia yang semakin leka...syawal tahun ini kurasakan benar-benar menerjah jauh di sanubariku sebagai seorang ibu...berulang kali aku cuba kuatkan diri untuk meneruskan keputusan yang kusimpan jauh-jauh di lubuk hati...namun sering kali lebur bila aku melihat wajah sayu anakku...

Namun,

Rupa-rupanya ada ibu yang tega membiarkan anaknya menderita kerinduan hanya kerana menurut kata hatinya...jatuh sayu bila kutatap wajah anak-anak itu, berhari raya tanpa ibu di sisi...perginya ibu bukan kerana menghadap Illahi jauh sekali bertugas demi pertiwi...tapi hanya kerana mengikut hawa nafsu sendiri...memenuhi tuntutan naluri yang mahu hidup mewah di samping lelaki lain...hingga sanggup meninggalkan anak-anak dan suami yang begitu setia ( yang kurasakan bodoh tika dan saat itu !!!! )

Ibu apakah itu...hingga hari raya ke 5...kelibat sang ibu langsung tiada...hampa jelas terpancar di wajah sang anak...sayu hati tak terkira bila mana melihat orang lain dibelai ibu tapi mereka hanya merengek pada bapa yang kian lelah menanggung kepedihan di hati...

Oh Tuhan...kerna itu lah aku tak sanggup meneruskan niat di hati walau luka ini kian parah dan kian dalam...hanya kerana anakku itu biarlah aku yang terkorban...aku tak mahu nanti di hatinya yang kosong dan sunyi itu akan tumbuh gejolak yang akan membinasakan dirinya sendiri...satu kesalahan yang tak mungkin dapat kumaafkan diri ini andainya terjadi...

Moga Tuhan memberikan petunjuk buat sang ibu yang kering hati....amin!!!