Awal Oktober yang lalu aku menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Pulau Tioman. Sebermula jam 6 pagi aku memulakan perjalanan dengan memandu sendiri dari Putrajaya hingga ke Tanjung Gemok. Kami berjaya sampai di terminal tepat 10.30 pagi, setengah jam sebelum feri dijadualkan bertolak. Sesak nafas jugak aku dibuatnya bimbang terlepas feri. Tambang feri cuma RM35 sehala.
Tepat jam 2 petang kami sampai di Tioman. Pandangan pertama bila aku sampai di sini Pulau Tioman bukanlah seperti kawasan pedalaman yang pernah aku jejaki sebelum ini. Sangat-sangat berbeza dan dalam erti kata lain bagi aku, memang tak layak pun dikategorikan sebagai kawasan pedalaman!!! Tapi itulah tujuan utama aku ke sini. Membuat penilaian semula kategori 4 buah sekolah pedalaman. Okay apa-apapun aku akan menjalankan pemantauan seadil mungkin berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Hari pertama di sini tak sempat untuk kami melawat ke sekolah berkenaan kerana 3 buah sekolah hanya satu sesi sahaja pada sesi pagi. Jadi kesempatan ini kami ambil untuk meninjau seluruh Kampung Tekek. Melihat segala kemudahan yang ada. Kemudahan yang paling asas - bank. Dan aku cuba mengeluarkan wang dari mesin ATM - MEPS di Bank Simpanan Nasional (satu-satunya bank yang beroperasi di Pulau Tioman). Timbul persoalan bagaimana kawasan yang dilabel sebagai kawasan pedalaman mempunyai kemudahan bank yang begitu baik berbeza kawasan pedalaman lain...jangankan bank, pejabat pos pun payah...!
Sepanjang jalan dari Taman Laut hinggalah ke Berjaya Hotel..berderet-deret kedai yang menawarkan pelbagai barangan keperluan asas....dari makanan basah hinggalah ke pakaian dan juga kedai arak yang bersepah-sepah! ( di sinilah aku melihat dengan mata aku sendiri anak muda remaja dengan selamba meneguk air setan itu di khalayak tanpa rasa bersalah pun! )
Hari kedua bermulalah tugasan aku. Dan aku dihimpit perasaan yang amat kecewa apabila aku di tiba di sekolah...walaupun Tioman jauh lebih maju dan banyak kemudahan namun masih ada warga pendidik yang tak betah untuk tinggal di sini...inilah permasalahan yang banyak aku jumpa setiap kali kakiku menjejak ke sekolah yang dikategorikan sebagai kawasan pedalaman....
Aku jadi tidak mengerti dengan sikap pendidik hari ini...dan tak hairanlah kalau banyak rungutan yang didengari tentang guru dan sikapnya yang langsung tidak mencerminkan sebagai seorang guru...anak murid di kawasan pedalaman tidak seramai anak murid di kawasan bandar...satu sekolah pun belum tentu boleh menandingi jumlah pelajar untuk dua kelas di sekolah kawasan bandar!!! Namun jika dilihat pencapaian mereka jauh lebih rendah juga...dua calon UPSR namun dua-duanya tidak dapat mencapai keputusan 5A...sungguh menyedihkan...alasan yang diberi...baka...aduhai wahai cikgu...rasa amat malang bagiku berhadapan dengan warga pendidik sebegini rupa...
Rasa rindu untuk aku kembali ke sekolah sebagai guru tiba-tiba meluap-luap jauh di sanubariku...jika diberi pilihan aku lebih suka bersama anak-anak murid...banyak yang dapat kucurahkan pada mereka...pandai dan lulus soal kedua...tapi yang utama menjadikan mereka seorang manusia dalam erti kata yang sebenar...bukan mudah untuk menjadi manusia dalam dunia hari ini...banyak yang perlu dibimbing...dan inilah yang aku lihat semakin hilang dari jiwa guru hari ini...hanya mengejar peratus lulus dan lebih malang kalau itupun tak mampu dibuat untuk anak murid yang sebegitu kecul jumlahnya...
Namun aku puas juga bila mana ratusan anak muridku kini berjaya meningkatkan taraf hidup mereka...untuk menjadi manusia...sukar untuk aku nyatakan...namun semua ilmu menjadi manusia itu telah aku sampaikan pada mereka tatkala dulu aku bersama-sama mereka...dan apa yang boleh kuharapkan kini..mencelikkan semula mata warga pendidik khususnya di ceruk pedalaman agar berani menyahut cabaran untuk melahirkan manusia dari ceruk itu !!!!!!!!