Saturday, 5 November 2011

ERTI PENGORBANAN...(PART II)

Kasih sayang bukan sesuatu yang dapat diungkap dengan kata-kata namun lebih kepada pengorbanan yang sanggup dilakukan demi rasa kasih sayang itu sendiri...dan hanya mereka yang benar-benar ikhlas menyayangi sahaja melakukan segala-gala yang terbaik demi untuk kebahagiaan insan yang amat mereka sayangi biarpun mereka terpaksa melalui penderitaan yang maha hebat...


....sambungan.....SURAT ABANG UNTUK ADIK

Aku mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. .nak balik jarang sangat...
Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai anai...Tiba-tiba ada satu kotak besar jatuh dan banyak kotak  kecik serta sampul-sampul surat...dan tiba-tiba aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum...

Kehadapan adikku yang jauh di mata ...

Maafkan abang kerana tidak membalas satu pun surat yang engkau kirimkan...Kerana aku tidak berdaya sayang...

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita...Iye, kau pecahkan perhiasan rumah...Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? ? Mesti kau tidak perasan...Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yang telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau...Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yang jual ikan tu di pekan...

Adikku sayang...

Aku tau kau tak suka warna biru...Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau...supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu...Walaupun kau dah campakkan pengikat rambaut tu...aku dah ambil balik  dan basuh...dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita...Nanti kau ambil ya...

Adikku sayang...

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu...Kau pun sudah lupa ya...Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal...Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya...Aku harap kau mengerti...

Adikku sayang...

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja...Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni-guni untuk letak dalam lori...Untuk menyara engkau...Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau...Kerana masa itu...Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau. Ramai yang memuji...Aku harus sediakan perhiasan untuk kau...supaya kau tidak rasa malu...Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yang kelihatan seperti pengemis ini...

Adikku sayang,

Siapa cakap yang aku tidak menjamah masakan kau...aku akan makan masakan itu sebelum subuh...Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari dan aku makan semasa engkau tidur...supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan...

Adikku sayang,

Aku malu untuk ucapkan terima kasih...kerana engkau banyak berkorban untukku...kau menyediakan makanku dan segalanya...Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya???  Jika aku ucapkan terima kasih...Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku...Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yang kau lakukan semasa hidupku...

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu...Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yang akan kau ingat sampai bila-bila...Betulkan...selepas kejadian itu...Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan??  Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu...Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak di bibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku...Sakit yang amat sangat...Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun...Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu...

Adikku sayang...

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku,  sebenarnya...aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu...Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen...Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital...Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu di mana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yang berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu...Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yang makin kabur...Aku terpaksa dirawat di hospital walaupon doktor menjangkakan aku  tak akan bertahan lama...

Sayangku...

Aku titipkan surat ini di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital...Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita...Bacalah semua surat-surat  dan bukalah semua hadiah yang aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu...Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini...

Adikku sayang...

Mungkin tika kau membaca surat ini...Aku sudah pun tiada...Jangan kau bersedih...Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan...

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yang aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yang busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dari kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yang kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yang tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang...Biarkan pakcik kita menjadi walimu...Kerana aku mungkin sudah tiada...

Bahagiakanlah dirimu...Kerana itu yang aku mahukan...Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya...

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

 Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan air mata yang mengalir..Lantas...Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan...

Semuanya berwarna pink...Dan semuanya ditulis nama aku dengan tulisan yang sangat indah...


Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu...

Ya Allah..di manakah dapat ku cari insan semulia abangku ?


Setiap yang datang tak mungkin kembali...
Andai detik itu berulang tak mungkin sama dengan yang pernah kita lalui...
Kita sering kali terlupa mengucapkan terima kasih
Kepada mereka yang amat menyayangi kita dan sanggup berkorban demi kebahagiaan kita...
Ucapkan sebelum segala-galanya berakhir tanpa kita sedari
Sebelum mereka pergi meninggalkan kita sendiri

TERIMA KASIH semua yang amat meyayangi diriku ini...!

ERTI PENGORBANAN...(PART I)


Kadang-kadang apa yang berlaku di dunia ini dan dalam hidup kita, kita selalu lupa untuk renung sejenak dan berfikir tentang apa yang berlaku sebenarnya.Untuk mengecapi erti kebahagiaan sebenar kita perlu berkorban. Siapa perlu berkorban, untuk siapa kita berkorban dan siapa yang menjadi korban bagai pusingan roda kehidupan. Dan sejauh itukah makna pengorbanan persis pengorbanan Nabi Ibrahim  a.s. ?

Ingin rasanya aku berkongsi satu peristiwa...biasa terjadi dalam hidup semua orang tapi berapa ramai yang tahu dan cuba untuk berfikir tentangnya...ini kisahnya buat renungan kita bersama....

Surat Untuk Abang Daripada Seorang  Adik

(Mengisahkan seorang adik yang selalu menulis surat buat abangnya...namun tidak pernah mendapat balasan …dan sadisnya dia  tidak tahu pun sebenarnya abang dia membalas surat tu….hmmm)





Kisahnya… (Part 1)

Aku ada abang…dah lama berpisah. Tapi aku selalu utus surat pada  dia yang kat kampung…satu pun tak berbalas…

2  tahun lepas...aku menikah tanpa izin abang...sebab puas aku cari tapi tak jumpa dia…sepanjang perkahwinan aku…aku tak tenang…

Cuti sekolah yang lepas…aku ajak suami aku balik kampung…aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. .semasa membersihkan  rumah usang tu…aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu…sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abang, kau ingat lagi tak...

Mak ngan ayah meninggal masa aku Darjah 5…kau pulak Tingkatan 5…masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek besday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kita, sampai mak terpaksa gak pergi beli ngan ayah…tapi aku hairan masa  tu…ada satu bekas kaca yang aku pecahkan…tetiba  banyak air keluar…pastu  kau cepat-cepat  lap lantai umah kita...tapi aku tak amik kisah pun pasal hal tu…

Sebelum pergi, diaorang cium kita berdua. Diaorang cakap,

“ Abang, kau jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah  takde, kau jangan tinggal dia. Ingat pesanan  mak ngan ayah kau ni..Jangan sesekali biar dia sorang-sorang”

Kau ingat  tak...?

Sebelum diorang pergi beli kek, kau balik dari sekolah, kau belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab kau suka warna biru kan…tapi aku campak kat longkang belakang umah kita, sebab aku suka warna pink. Lepas kejadian tu..kau tak  pernah  ucap besday kat aku lagi…sampai sekarang…

Abang, kau ingat tak...

Kita hidup 2 orang je lepas tu, kau tak sekolah lagi…kau pergi mana pun aku  tak tau…tapi malam malam baru kau balik dan  tak pernah cakap ngan aku.  Ingat tak, aku masak untuk kau, Tapi kau tak makan pun…last last pagi esok aku nampak ayam ayam kat belakang umah  yang makan. Kau tak pernah ucap terima kasih kat aku.

Abang, kau ingat tak...
Pernah sekali aku mintak duit nak pergi sekolah, tapi time tu kau tengah tido…aku amik  dua ringgit dalam poket jeans kau…masa balik sekolah, kau lempang aku sampai mulut aku berdarah. Tapi kau tak pujuk aku balik pun..tapi keesokannya, nasib baik luka tu dah elok..

Abang, kau ingat tak...

Semasa umur aku 18 tahun…kau hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long...kau cakap kau ada hal…tapi sampai sekarang kau tak datang amik aku…berpuluh surat aku titipkan bersama air mata aku pada kau…Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abang???
Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur kau dah pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang…ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau…kenapa kau diam je? Kenapa kau tak cakap apa apa? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abang,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yang sedang berlaku…




Salam sayang,
Adik.”

....bersambung.....