Saturday, 5 November 2011

ERTI PENGORBANAN...(PART I)


Kadang-kadang apa yang berlaku di dunia ini dan dalam hidup kita, kita selalu lupa untuk renung sejenak dan berfikir tentang apa yang berlaku sebenarnya.Untuk mengecapi erti kebahagiaan sebenar kita perlu berkorban. Siapa perlu berkorban, untuk siapa kita berkorban dan siapa yang menjadi korban bagai pusingan roda kehidupan. Dan sejauh itukah makna pengorbanan persis pengorbanan Nabi Ibrahim  a.s. ?

Ingin rasanya aku berkongsi satu peristiwa...biasa terjadi dalam hidup semua orang tapi berapa ramai yang tahu dan cuba untuk berfikir tentangnya...ini kisahnya buat renungan kita bersama....

Surat Untuk Abang Daripada Seorang  Adik

(Mengisahkan seorang adik yang selalu menulis surat buat abangnya...namun tidak pernah mendapat balasan …dan sadisnya dia  tidak tahu pun sebenarnya abang dia membalas surat tu….hmmm)





Kisahnya… (Part 1)

Aku ada abang…dah lama berpisah. Tapi aku selalu utus surat pada  dia yang kat kampung…satu pun tak berbalas…

2  tahun lepas...aku menikah tanpa izin abang...sebab puas aku cari tapi tak jumpa dia…sepanjang perkahwinan aku…aku tak tenang…

Cuti sekolah yang lepas…aku ajak suami aku balik kampung…aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. .semasa membersihkan  rumah usang tu…aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu…sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abang, kau ingat lagi tak...

Mak ngan ayah meninggal masa aku Darjah 5…kau pulak Tingkatan 5…masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek besday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kita, sampai mak terpaksa gak pergi beli ngan ayah…tapi aku hairan masa  tu…ada satu bekas kaca yang aku pecahkan…tetiba  banyak air keluar…pastu  kau cepat-cepat  lap lantai umah kita...tapi aku tak amik kisah pun pasal hal tu…

Sebelum pergi, diaorang cium kita berdua. Diaorang cakap,

“ Abang, kau jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah  takde, kau jangan tinggal dia. Ingat pesanan  mak ngan ayah kau ni..Jangan sesekali biar dia sorang-sorang”

Kau ingat  tak...?

Sebelum diorang pergi beli kek, kau balik dari sekolah, kau belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab kau suka warna biru kan…tapi aku campak kat longkang belakang umah kita, sebab aku suka warna pink. Lepas kejadian tu..kau tak  pernah  ucap besday kat aku lagi…sampai sekarang…

Abang, kau ingat tak...

Kita hidup 2 orang je lepas tu, kau tak sekolah lagi…kau pergi mana pun aku  tak tau…tapi malam malam baru kau balik dan  tak pernah cakap ngan aku.  Ingat tak, aku masak untuk kau, Tapi kau tak makan pun…last last pagi esok aku nampak ayam ayam kat belakang umah  yang makan. Kau tak pernah ucap terima kasih kat aku.

Abang, kau ingat tak...
Pernah sekali aku mintak duit nak pergi sekolah, tapi time tu kau tengah tido…aku amik  dua ringgit dalam poket jeans kau…masa balik sekolah, kau lempang aku sampai mulut aku berdarah. Tapi kau tak pujuk aku balik pun..tapi keesokannya, nasib baik luka tu dah elok..

Abang, kau ingat tak...

Semasa umur aku 18 tahun…kau hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long...kau cakap kau ada hal…tapi sampai sekarang kau tak datang amik aku…berpuluh surat aku titipkan bersama air mata aku pada kau…Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abang???
Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur kau dah pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang…ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau…kenapa kau diam je? Kenapa kau tak cakap apa apa? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abang,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yang sedang berlaku…




Salam sayang,
Adik.”

....bersambung.....

No comments:

Post a Comment